Wednesday, July 15, 2009

HARI TERBUKA KELAB UMP

Pada hari Rabu 15 July 2009 Telah diadakan hari terbuka Kelab yang bertempat di perkarangan blok W. Pada hari tersebut semua kelab-kelab yang berdaftar di UMP mengambil pendaftaran baru dikalangan Pelajar-pelajar baru mendaftar di UMP. Rakan Muda telah mencatatkan keahlian yang sangat membanggakan iaitu 440 ahli baru mendaftar. Dengan harga keahlian yang berpatutan iaitu RM10 seumur hidup di UMP begitu menarik minat pelajar untuk mendaftar di bawah Kelab Rakan Muda UMP. Dengan Kebanyakkan aktiviti adalah percuma menyebabkan Kelab Rakan Muda ini adalah antara yang tersohor dikalangan kelab lain. Tahniah seluruh warga rakan muda UMP!!!!!!!!!!!!




Saturday, June 13, 2009

BELIA BENCI JENAYAH 2009 (BBJ)

Program BBJ ini telah dijalankan dari 9/6/2009 sehingga 13/6/2009 yang bertempat di Kompleks Rakan Muda Kemaman. Program ini bertujuan untuk mendekatkan diri kepada golongan remaja serta belia yang berisiko untuk terjebak dalam gejala negatif. Seramai 15 wakil dalam rakan muda UMP telah diberi tanggungjawab untuk bekerjasama dengan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terrengganu dalam menjayakan program ini(JBSNT).













Sunday, January 11, 2009

LAWATAN KE YOUTH 2009

Rakan Muda turut mengadakan lawatan ke Youth 2009 yang bertempat di PWTC. Pelbagai aktiviti menarik yg dijalankan disini oleh belia-belia antaranya wall climbing, autoshow, photoshotting, battle of the band dan pelbagai pameran lain.




Saturday, December 13, 2008

KEM JATI DIRI

Kem Jati diri ini adalah anjuran Rakan Muda Kecergasan yang bertempat di Gombak, Selangor. Program ini terbuka kepada semua ahli rakan muda dan telah berlansung pada cuti semester. Lebih menarik lagi, program ini tidak dikenakan sebarang bayaran malah para peserta diberi penginapan serta makanan percuma.



Saturday, November 22, 2008

PROGRAM RAKAN MUDA IPT - ANDA PILIH "BAHAGIA ATAU SENGSARA"

Program ini dianjurkan oleh rakan muda UMP dengan kerjasama Rakan muda bahagian pantai timur. Ia berlansung dari 18-21 November 2008 di Kompleks rakan muda besut. Program ini melibatkan interaksi antara para pelajar dan para seketeriat serta ahli rakan muda dalam melancarkan slogan belia benci dadah.




Sunday, September 21, 2008

BUBUR LAMBUK PERDANA 2008

Sempena Ramadhan Al-Mubarak ini, rakan muda telah mengadakan bubur lambuk perdana dengan kerjasama PERKASA. objektif utama program bubur lambuk ini adalah untuk bersama-sama mengimarahkan bulan Ramadhan yang mulia dengan aktiviti gotong royong serta meningkatkan silaturahim antara mahasiswa dengan kakitangan UMP sendiri. Selain itu, program ini turut bertujuan mengagihkan bubur lambuk kepada warga-warga UMP dan turut diagihkan di masjid serta surau berdekatan UMP untuk hidangan berbuka. Tahniah kepada peserta yang menjayakan program ini. Moga-moga usaha anda diberkati Ilahi. INSYAALLAH...