Saturday, December 13, 2008

KEM JATI DIRI

Kem Jati diri ini adalah anjuran Rakan Muda Kecergasan yang bertempat di Gombak, Selangor. Program ini terbuka kepada semua ahli rakan muda dan telah berlansung pada cuti semester. Lebih menarik lagi, program ini tidak dikenakan sebarang bayaran malah para peserta diberi penginapan serta makanan percuma.



Saturday, November 22, 2008

PROGRAM RAKAN MUDA IPT - ANDA PILIH "BAHAGIA ATAU SENGSARA"

Program ini dianjurkan oleh rakan muda UMP dengan kerjasama Rakan muda bahagian pantai timur. Ia berlansung dari 18-21 November 2008 di Kompleks rakan muda besut. Program ini melibatkan interaksi antara para pelajar dan para seketeriat serta ahli rakan muda dalam melancarkan slogan belia benci dadah.




Sunday, September 21, 2008

BUBUR LAMBUK PERDANA 2008

Sempena Ramadhan Al-Mubarak ini, rakan muda telah mengadakan bubur lambuk perdana dengan kerjasama PERKASA. objektif utama program bubur lambuk ini adalah untuk bersama-sama mengimarahkan bulan Ramadhan yang mulia dengan aktiviti gotong royong serta meningkatkan silaturahim antara mahasiswa dengan kakitangan UMP sendiri. Selain itu, program ini turut bertujuan mengagihkan bubur lambuk kepada warga-warga UMP dan turut diagihkan di masjid serta surau berdekatan UMP untuk hidangan berbuka. Tahniah kepada peserta yang menjayakan program ini. Moga-moga usaha anda diberkati Ilahi. INSYAALLAH...