Sunday, September 21, 2008

BUBUR LAMBUK PERDANA 2008

Sempena Ramadhan Al-Mubarak ini, rakan muda telah mengadakan bubur lambuk perdana dengan kerjasama PERKASA. objektif utama program bubur lambuk ini adalah untuk bersama-sama mengimarahkan bulan Ramadhan yang mulia dengan aktiviti gotong royong serta meningkatkan silaturahim antara mahasiswa dengan kakitangan UMP sendiri. Selain itu, program ini turut bertujuan mengagihkan bubur lambuk kepada warga-warga UMP dan turut diagihkan di masjid serta surau berdekatan UMP untuk hidangan berbuka. Tahniah kepada peserta yang menjayakan program ini. Moga-moga usaha anda diberkati Ilahi. INSYAALLAH...