Monday, October 19, 2009

PERTANDINGAN BLOG & KELAS ADOBE PHOTOSHOP

SEKRETARIAT RAKAN MUDA

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
LEBUHRAYA TUN RAZAK
26300 GAMBANG
KUANTAN PAHANG DARUL MAKMUR

Tel: (09)549 2561 Fax: (09)549 3223


Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..

PERTANDINGAN BLOG
Seperti yang dirancang, Sekretariat Rakan Muda(SRM) akan mengadakan Pertandingan Mencipta Blog bermula pada 10 Otober. Pertandingan ini ada bertujuan untuk mencungkil bakat serta minat yang ada dikalangan warga UMP.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 22 Oktober 2009 12 malam.

HADIAH
Hadiah Pertama : RM 100.00 dan sijil penyertaan
Hadiah Kedua : RM 80.00 dan sijil penyertaan
Hadiah Ketiga : RM 50.00 dan sijil penyertaan


Syarat-syarat penyertaan:

1. Anda mestilah warga UMP yang sah.
2. Yuran penyertaan adalah RM 5 bagi ahli kelab rakan muda dan RM 7 bagi bukan ahli kelab rakan muda
3. Tema pertandingan adalah bebas sama ada isu semasa, koleksi gambar, diari dll selain hiburan atau kandungan blog yang boleh menggugat sensitiviti mana-mana pihak
4. Bagi yang sudah memiliki blog, anda tidak semestinya perlu mencipta blog yang lain tetapi perlu diubahsuai selari dengan tema pertandingan
5. Blog dinilai dari segi kekreatifan (40%) , susun atur (30%) dan isi kandungan (30%)
6. Kami akan menolak penyertaan yang tidak memenuhi kriteria yang telah kami tetapkan


KELAS ADOBE PHOTOSHOP
Kelab Rakan Muda UMP akan mengadakan kelas Adobe Photoshop pada 24 Oktober 2009 8 pagi-10.30 pagi bertempat di blok V. Penyertaan adalah terhad kepada 30 orang sahaja. Siapa cepat dia dapat. Yuran penyertaan hanya RM10. Pelajar akan diberi;

- Teknik dan rahsia mengubahsuai gambar oleh tenaga pengajar yang bertauliah.
- Modul.
- Adobe Photoshop CS4 software (boleh install kt PC sendiri, latest plak tu).
- Sarapan Pagi.
- Sijil.
Pelajar digalakkan membawa pendrive sendiri.


Sesiapa yang berminat sila reply memo ini atau terus menghubungi kami seperti yang dibawah Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan anda boleh berhubung terus dengan saya Nashriq (012 9776317) @ oovoo (empatperatus)

Sekian, terima kasih..
Rakan Muda Yakin Boleh Gemilang!!!

Yang menjalankan tugas,
(NOR NASHRIQ AZIZI B ABD SHUKOR)
Ketua Rakan Remaja Siber

No comments:

Post a Comment