Wednesday, July 22, 2009

PERJUMPAAN KELAB RAKAN MUDA 09/10

Perjumpaan Kelab Rakan Muda UMP telah diadakan pada 22 Julai yang bertempat di WDKU 1. Seramai 300+ ahli rakan muda yang baru mendaftar serta ahli lama datang untuk perjumpaan ini. Ini merupakan rekod baru kedatangan ahli paling ramai sepanjang rakan muda ditubuhkan di UMP. Tahniah terutama kepada SRM UMP 09/10!!!!! Teruskan usaha anda dalam mengemilangkan lagi rakan muda UMP ini.



Fuh......ramainya sampai kt belakang pon kena duduk lantai. Sempoi tul geng-geng rakan muda UMP. Sama-samalah kita join program rakan muda UMP yang banyak sangat-sangat ni. Semester ini dijangka sebanyak berbelas program akan dilaksanakan oleh rakan muda UMP. :-)






Wednesday, July 15, 2009

HARI TERBUKA KELAB UMP

Pada hari Rabu 15 July 2009 Telah diadakan hari terbuka Kelab yang bertempat di perkarangan blok W. Pada hari tersebut semua kelab-kelab yang berdaftar di UMP mengambil pendaftaran baru dikalangan Pelajar-pelajar baru mendaftar di UMP. Rakan Muda telah mencatatkan keahlian yang sangat membanggakan iaitu 440 ahli baru mendaftar. Dengan harga keahlian yang berpatutan iaitu RM10 seumur hidup di UMP begitu menarik minat pelajar untuk mendaftar di bawah Kelab Rakan Muda UMP. Dengan Kebanyakkan aktiviti adalah percuma menyebabkan Kelab Rakan Muda ini adalah antara yang tersohor dikalangan kelab lain. Tahniah seluruh warga rakan muda UMP!!!!!!!!!!!!